| t o k o h u l a m a k | |||||
|
|
|
HAJI ABDUL MALEK SUNGAI PINANG (1834-1934) Tokoh guru pondok akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang senagkatan dengan Tok Mesir, Tok Ayah Kerasak, Haji Nik Mat Dagu, Haji Ismail Pengkalan Paung, rakan akrab Haji Abdul Latif Jalaluddin (Bilal Masjid Kayu Kota Bharu). Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malek bin Hassan, lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Menuntut ilmu di Patani dan kota suci Makkah selama 14 tahun. Beliau masyhur alim Quran dan kitab jawi. Selain mengajar kitan Quran dan jawi, beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khurafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir. Di peringkat negeri pula, beliau turut tersenarai dalam panel ulama yang dijadikan pakar rujuk oleh Sultan Mansor Ibn Sultan Ahmad (dekad 1890-an) dalam menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukumam hudud kepada pencuri dan pembunuh (diarak kililing pekan), hukuman ta’azir kepada orang yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat (dilumur belaking). Kebanyakan murid-murid Tuan Guru Hj Abdul Malek diberkati Allah dengan ilmu mereka serta berjaya melahirkan barisan pendidik pelapis pada zaman masing-masing. Antara murid-murid kenamaannya : Tok Jerulong @ Haji Mohd Said Muhammad, Haji Samat Hassan Padang Chenok, Haji Che Mat Taib Pasir Pekan Hilir, Haji Ismail Musa Temangan, Haji Wan Abdullah Kampung Chap/Sungai Pinang, Wan haji Khatib Ahmad Bemban/Binjai, Tok Kedah @ Haji Idris Penggawa Kankong, Haji Mahmud Ali (Imam Kangkong), Haji Daud Saamah (bapa kepada Tuan Guru Haji Saad Kangkong), Haji Mohd Akib Ismail Kampung Kelar, Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Abdullah Senik (pengasas Pondok Padang di Psair Mas), Tuan Guru Haji Wan Ahmad Abdul Halim (pengasas Pondok Padang Jelapang), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Osman (pengasas Pondok Selehong), Tuan Guru Haji Yusof Abdul Rahman (pengasas Pondok Pulau Ubi), Haji Ibrahim Tok Raja (Mufti Kerajaan Kelantan dan Haji Seman Serin (kenudian lebih terkenal dengan nama Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani). Datuk kepada Dato’ Dr. Nik Safiah Karim (Profesor Adjung di Universiti Malaya) ini kembali kerahmatullah di Sungai Pinang pada malam Rabu 11/12 Ramadhan 1353 bersamaan 18 Disember 1934.
HAJI ABDUL MALEK SUNGAI PINANG (1834-1934) Haji Abdul Malik was one of the exemplary religious teachers towards the end of the nineteenth centry and the beginning of the twentieth centry. Others were Tok Mesir, Tok Ayah Kerasak, Hj. Nik Dagu and Haji Ismail Pengkalan Paung. He was also a close friend of Haji Abdul Latif Jalaluddin, the muezzin of the Wooden Mosque in Kota Bharu. His full name is Haji Abdul Malek bin Hasan. He was born in Kg. Sungai Pinang, Tumpat in 1834 and came from a very poor family. He studied in Pattabi and Mecca for 14 years and was later well-known as a great scholar of Quran and Jawi holy books. Apart from teaching Al-Quran and the holy books, Haji Abdul Malik was greatly involved in the efforts to curb pagan beliefs and black magic. In the 1890s and at state level, Sultan Mansor Ibni Sultan Ahmad made him a panel member of religious consultants to enforce the Islamic laws e.g. Hudud Law on thieves and murderers, Ta'zir punishment on those who did not fast or cover their shameful parts. Among his well-known students were Tok Jerulong @ Haji Mohd Said Muhammad, Haji Samat Hasan Padang Chenok, Hj. Che Mat Taib Pasir Pekan Hilir, Hj. Ismail Musa Temangan, Hj. Wan Abdullah Kg. Chap, Sungai Pinang, Wan hj. Khatib ahmad Bmban/Binjai, Tk Kedah @ Hj. Idris Pengawa Kangkong, Hj. Mahmud Ali (religious leader of Kangkong), Haji Daud Saamah (father of Tuan Guru Hj. Saad Kangkong), Haji Mohd Akid Ismail Kelar, Tuan Guru Hj. Ai Pulau Pisang, Tuan Guru Hj. Abdullah Senik (the founder of Selehor cottage), Tuan Guru Haji Yusoff Abdul Rahman (the founder of Pulau Ubi cottage), Haji Ibrahim Tok Raja (Kelantan government consultant jurist) and Haji Seman Sering (later known as Syeikh Osman Jalaluddin Al-Kalantani). Haji Abdul Malik passed away in Sungai Pinang on the night of December 18, 1934.
|